Sunday, December 13, 2009

Apa itu "Sistem Terbenam"?

Sistem terbenam atau embedded system ialah litar komputer yang tidak kelihatan seperti komputer. Macam tak caya kan? Sebenarnya benda ni dah banyak kita gunakan. Siapa tak pakai handphone? Itulah dia contoh sistem terbenam. Dalamnya ada litar komputer lengkap: mikropemproses, memori dan input/output.

Nak tau apa mikropemproses dalam handphone? Lebih 90% handphone menggunakan mikropemproses berjenama ARM. Bukan lengan. Bukan senjata. ARM. Asalnya dari perkataan Acorn RISC Machine. So ARM ni suatu akronim yang di dalamnya ada satu lagi akronim: RISC. RISC ni pulak maknanya Reduced Instruction Set Computer. Berbelit-belit kan?

Anyway, ARM ni syarikat yang tak buat cip. Kalau kopak handphone tu, tak jumpa cip berlogo ARM. ARM ni jual design dia kat orang lain. So cip ni mungkin berlabel Philips, Motorola, Broadcomm, Marvel, Samsung, Oki, bla bla...

Cip NXP LPC24xx mengandungi pemproses ARM.

Pe-pe hal, konfirm dalam handphone ada komputer sebab nama cip pun ada perkataan komputer. Silap-silap dalam handphone bukan ada satu tapi lebih mikropemproses. Macam iPhone.

Apa lagi contoh sistem terbenam? Fuuh kalau nak disenaraikan, panjaang sebab semua benda yang ada mikropemproses dah boleh dikira sistem terbenam. Kat sini ada sikit:

Kat rumah:
  • MyKad: ya ya di dalamnya ada mikropemproses
  • Pemain MP3 macam iPod
  • Pemain DVD
  • TV tak kira jenis LCD atau CRT
  • Kamera digital
  • Lensa kamera DSLR
  • DSL modem
  • Mouse
  • Keyboard
  • Remote controller: ada mikropemproses kecik di dalamnya
  • Thumb drive/Pen drive/USB key
  • Printer
  • Banyak permainan
  • Ketuhar gelombang mikro (nama berbelit untuk microwave)
  • Mesin basuh yang agak moden sikit
  • Air-con yang agak moden sikit
Kat kereta (bergantung kecanggihan, boleh ada 20 ke 80 mikropengawal dalam kereta):
  • Engine control unit (ECU)
  • Radio kereta: kalau jenis yang muka depannya boleh tanggal, muka depannya ada satu mikropemproses asing
  • Anti-lock braking system (ABS)
  • Automatic transmission
  • Cruise control
  • Air-con
  • GPS
  • Banyak lagi, katanya lebih 50 biji mikropemproses setiap kereta
Aplikasi military:
  • Peluru berpandu (missile). Orang Indon kata "rudal".
  • Radar
  • Sonar
  • Radio
  • Sistem navigasi
Cukuplah dulu.

Kereta ini sistem terbenam? Atau di dalamnya terbenam sistem terbenam?

No comments:

Post a Comment