Minggu lepas, Panasonic DVD recorder tiba-tiba tak mau rakam. Dah sah hard disk rosak. Habislah rakaman Shin Chan dan Doraemon yang dikumpul beberapa tahun tu. Cari punya cari, terjumpa posting yg kata boleh ganti dengan sebarang hard disk IDE. Ada hard disk spare, maka terjadilah projek 15 minit berikut.
DVD recorder dari luar.
Part number DMR EH-60.
DVD recorder setelah dibuka.
Hard disk yang rosak: Western Digital 200GB. Memang brand ni kurang baik.
Hard disk baru: Hitachi 320GB.
DVD recorder setelah dipasang HDD baru.
Operasi format HDD baru.
Kapasiti 200GB ialah 355 jam EP mode. Tapi default mode ialah SP.
Setelah diformat, hanya 200GB digunakan dari 320GB disebabkan saiz telah ditetapkan oleh firmware. Dengan 200GB, masa rakaman dalam SP mode ialah 184 jam. Darab 2 utk EP mode iaitu lebih kurang 355 jam.
No comments:
Post a Comment